Loading...

JUALAN LEMBU QURBAN DI MALAYSIA


  • 
    Assalamualaikum WBT

    Daripada Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda :

    مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

    Maksudnya“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

    (Riwayat al-Tirmizi)

    1. Alhamdulillah, pada tahun ini pihak Hijazi akan melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah bagi tahun 2026/1447H di Malaysia, India dan Malawi. Tahun ini merupakan tahun ke-11 urusan ibadah qurban dan aqiqah diuruskan oleh Ustaz Farid dengan kerjasama syarikat kami. 

      Tahun ini juga kami ada menyediakan lembu qurban di Malaysia bagi keperluan pihak masjid, madrasah, ahli keluarga atau NGO yang memerlukan lembu untuk dijadikan haiwan qurban. Lembu ini akan dihantar daripada Kulim, Kedah ke kandang sementara sebelum disembelih di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang.



  • Berat Lembu sekitar 200-240kg seekor.
  • Lembu diternak oleh penternak tempatan yang diberi makan rumput segar, BUKAN lembu yang dibawa masuk daripada Thailand.
  • Penghantaran PERCUMA bermula daripada Kulim, Kedah ke Bukit Gantang, Perak sahaja. Selain daripada laluan ini, pembeli haruslah membayar servis penghantaran lembu atau boleh menyediakan lori sendiri untuk urusan penghantaran. Sila berhubung terus dengan Ustaz Farid bagi urusan penghantaran.

KEPADA SEMUA PESERTA, SILA BACA AKAD DIBAWAH SELEPAS MENGISI BORANG PENYERTAAN :


AKAD PEMBELIAN LEMBU :

" Saya (NAMA PENUH) menyerahkan wang sebanyak (NYATAKAN JUMLAH WANG YANG AKAN DISERAHKAN, CONTOH : RM4000) kepada pihak HIJAZI bagi menempah dengan Akad Salam (NYATAKAN JUMLAH PEMBELIAN, CONTOH : SEEKOR LEMBU) yang cukup syarat dibuat qurban "

Lafaz akad ini hendaklah dihantar dalam bentuk rakaman audio kepada pihak Hijazi melalui pautan dibawah :


*Gambar dan Sijil Digital akan disediakan secara PERCUMA kepada peserta selepas semua urusan sembelihan selesai.

Tarikh akhir pembelian: 24 MEI 2025
Tarikh penghantran lembu: BERMULA 25 - 26 MEI 2026

*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan

This form uses Payment Gateway(s):