Loading...

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 2026/1447H




Assalamualaikum WBT

Daripada Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda :

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

(Riwayat al-Tirmizi)

Alhamdulillah, pada tahun ini pihak Hijazi akan melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah bagi tahun 2026/1447H di Malaysia, India dan Malawi. Tahun ini merupakan tahun ke-11 urusan ibadah qurban dan aqiqah diuruskan oleh Ustaz Farid dengan kerjasama syarikat kami.

Tahun ini juga kami ada menyediakan lembu qurban di Malaysia bagi kegunaan pihak masjid, madrasah, ahlia keluarga atau NGO yang memerlukan lembu untuk dijadikan haiwan qurban. Lembu ini akan dihantar daripada Kulim, Kedah ke kandang sementara sebelum disembelih di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang.


Saban tahun saudara Islam kita di India dan Malawi sentiasa menunggu pemberian daging qurban dan aqiqah daripada kita. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan fakir miskin yang tinggal di pedalaman. Tahap miskin mereka ini sangat menyedihkan sehinggakan ada kalangan mereka ini hanya berpeluang merasai daging setahun sekali. Semoga dengan penyertaan ibadah qurban dan aqiqah tuan/puan semua dapat memberikan sedikit kegembiraan buat saudara kita disana.

Lengkapkan ibadah qurban dan aqiqah tahun ini dengan Hijazi. Mudah, selamat dan diyakini. Semoga ibadah qurban dan aqiqah tuan/puan diterima Allah SWT dan menjadikan ibadah ini sebagai asbab bertambahnya iman dan amal kita semua, inshallah. 





KEPADA SEMUA PESERTA, SILA BACA AKAD DIBAWAH SELEPAS MENGISI BORANG PENYERTAAN :

LAFAZ AKAD PERTAMA :
" Saya (NAMA PENUH) menyerahkan wang sebanyak (SEBUTKAN JUMLAH WANG SERAHAN, CONTOH : RM300) kepada pihak Hijazi bagi menempah dengan Akad Salam (SEBUTKAN JUMLAH QURBAN/AQIQAH, CONTOH : SATU BAHAGIAN KERBAU/2 EKOR KAMBING/SEEKOR LEMBU) yang cukup syarat dibuat Qurban / Aqiqah "

LAFAZ AKAD KEDUA :
" Saya (NAMA PENUH) mewakilkan pihak Hijazi bagi mewakilkan kepada sesiapa berkenaan menerima di (SEBUT TEMPAT PELAKSANAAN IBADAH QURBAN/AQIQAH, CONTOH : MALAYSIA/INDIA/MALAWI) kemudian (SEBUTKAN JENIS HAIWAN KORBAN/AQIQAH, CONTOH : LEMBU/KERBAU/KAMBING) yang telah saya tempah bagi pihak saya dan saya mewakilkan pihak Hijazi untuk menguruskan ibadah Qurban/Aqiqah bagi pihak saya dari segi niat, sembelihan dan agihan."

Lafaz akad ini hendaklah dihantar secara rakaman audio kepada pihak Hijazi melalui link WhatsApp dibawah :


*Gambar dan Sijil Digital akan disediakan secara PERCUMA kepada peserta selepas semua sembelihan selesai.

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN :
Malaysia : 24 MEI 2026
Global (India&Malawi) : 25 MEI 2026

Borang ini menggunakan sistem pembayaran: